JellyPages.com

Rabu, 9 Februari 2011

"Salah faham"

Bahasa terkejut itu hanya retorik yang aku gunakan untuk tajuk penulisan aku. Alkisahnya, aku ingin menjelaskan mengenai bahasa spontan yang terkeluar dari mulut rakan sebilikku baru-baru ini. Kadang-kadang bahasa yang terkeluar dari mulut kita bukanlah sesuatu di bawah perancangan kita. Misalnya ketika melatah atau terkejut, pelbagai bahasa pula yang terus terkeluar tatkala kita tidak merancangnya.

Situasi 9:
Si Dia : Mak!!!!Ai...Da kawin rupenye.
Aku    : Mak sape yang kawin?
Si Dia : Hahahaha..(Ketawa terbahak-bahak)
Aku   : Kenapa ko ketawa? Aku tanya mak siapa yang kawin ko ketawa kenapa?
Si Dia : Aku ketawa sebab kelakar lah. Kawan aku la yang kawin. Mana ada mak sesapa. Aku terkejut la sebab tu sebut mak..ai..
Aku    : Ooo...Boleh begitu? hahaha.. (Ketawa bersama)

Ceriteranya:
Dialog di atas adalah salah satu situasi bahasa yang ingin aku kongsikan bersama. Kalau anda perhatikan, perkatan 'mak' dalam dialog tersebut sebenarnya mewakili perkataan alamak iaitu perkataan yang bisanya digunakan untuk memperlihatkan keadaan terkejut dan seumpamanya. Jelasnya, dialog di atas memperlihatkan satu contoh situasi bahasa yang boleh mengelirukan pendengar. Sebenarnya bahasa yang kita tuturkan seharian kadangkala berada di luar kawalan kita. Sepertimana situasi di atas, mungkin rakan saya itu mengalami satu perasaan yang luarbiasa sehingga membuatkan dia terkejut lalu mengungkapkan kata 'mak..ai'. Luarbiasa yang saya maksudkan di sini mungkin dari segi situasi seseorang yang tidak pernah menjangkakan perkara yang bakal diketahuinya. Secara kesimpulannya, situasi bahasa di atas tidak sepatutnya wujud kerana hal ini boleh mengelirukan pendengar ketika mendengar pengucapan bahasa yang  dituturkan sekaligus menjejaskan mesej yang ingin disampaikan. Walau bagaimanapun, sesuatu yang berada di luar jangkauan kita kadangkala membuatkan bahasa kita terganggu dengan pelbagai perasaan yang mungkin wujud ketika kita membuat sesuatu ujaran. Oleh itu, pengawalan terhadap emosi dan bahasa yang ingin dituturkan sebenarnya mungkin boleh mengelakkan hal ini berlaku. Contoh lain yang bersamaan dengan situasi bahasa ini ialah ketika kita berada dalam situasi marah maka, pelbagai bahasa kesat mungkin akan diujarkan dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
Sekadar gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan