Prof. Emeritus Abdullah Hassan |
Situasi 13:
Huh?
Hah?
Haa????
Pernah tak rasanya anda memberi respon secara terkejut lalu mengeluarkan perkataan seperti di atas?Rasanya itulah yang biasa kita lakukan tatkala kita memberi respon yang menunjukkan kita terkejut dengan sesuatu perkara atau keadaan. Misalnya dalam kelas Karya Agung pagi tadi, kami bersama-sama dengan Prof. Emeritus Abdullah Hassan sebaris ayat yang keluar daripada mulut beliau mengejutkan beberapa pelajar di dalam kelas tersebut. Dialog yang ditulis bukanlah dialog sebenar-benarnya tetapi demikianlah sedikit sebanyak yang aku ingat tentang kata-kata beliau:
Prof : Saya akan mengeluarkan beberapa orang pelajar daripada kumplan ini.
Pelajar : Hah? ( dengan riak muka yang sangat hairan)
Prof : Tidak perlulah anda memberi respon sedemikian walaupun anda terkejut. Cukup sekadar bertanya 'mengapa dan kenapa'. Muka je cantik, tetapi kamu tahu tak sebenarnya kalau yang perempuan akan hilang ciri-ciri kewanitaan apabila kamu membuat reaksi sedemikian.
Ceriteranya:
Seketika aku terasa lucu dengan apa yang diperkatakan oleh Prof. dan ada juga betulnya tentang apa yang diperkatakannya kepada kami. Aku jadi sangat tertarik kepada cara beliau menerangkan situasi terkejut yang 'kurang sopan' itu. Beliau berkata bahawa itulah masalah kita apabila memberi respon tentang sesuatu yang kita tidak jangkakan. Tambahnya lagi, tidak perlu berbuat demikian dengan ditambah pula memek muka yang sangat lucu bagiku tetapi pesanannya sangat bermakna terutama kepada kami yang bakal bergelar seorang guru wanita. Katanya, respon sedemikian sebenarnya menunjukkan kita kurang sopan dengan kadangkala suara yang agak kuat dan menghilangkan ciri kewanitaan dalam diri sesorang wanita. Huh, merupakan salah satu bahasa lisan yang biasa kita dengar tatkala menunjukkan sesorang itu ingin mengekspresikan perasaan terkejutanya sama ada secara sengaja atau tidak. Kebiasannya, apabila kita bercakap tentang terkejut sememangnya ia adalah sesuatu perkara yang berada diluar jangkauan kita. Namun, ia boleh dikawal sekiranya kita cuba mengawal perasaan kita dari menuturkan bahasa seperti itu. Mungkin kita boleh terus mengemukakan persolan jika kita sememangnya terkejur seperti yang diperkatakan oleh Prof. iaitu bertanya kenapa begitu dan mengapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan