Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan kata cinta nan suci
dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya kasih
Sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai oleh kahayalan insani
Cuma di naluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan sang pelangi suci
yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
Situasi 11:
Semasa aku dan dua lagi teman baikku menghadiri Karnival di Kolej Ungku Omar iaitu Karnival Revolusi Satu Malaysia, aku terpandang satu kain rentang di sebuah gerai yang menggunakan gaya bahasa hiperbola ini. Perhatikan penggunaan perkataan pada kain rentang tersebut iaitu perkataan "banjir kemarau". Mungkin ini adalah satu cara yang difikirkan boleh menarik perhatian pelanggan untuk membeli barang jualan di gerainya. Makanan diberi nama yang lunak bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan.
Ceriteranya:
Namun, daripada aspek bahasa yang sebenar, perkataan 'banjir kemarau' itu boleh dianggap sebagai satu gaya bahasa yang membawa maksud berlebih-lebihan. Mana mungkin banjir akan terjadi pada musim kemarau dan itu sudah menunjukkan bahawa perkataan dan bahasa yang digunakan membawa maksud lain daripada apa yang ingin disampaikan. Walau bagaimanapun, keadaan ini sebenarnya menjadi perkara biasa bagi tukang masak profesional yang gemar menamakan jenis masakan yang dimasak dengan nama yang sedap didengar. Secara kesimpulannya, ragam bahasa yang timbul daripada situasi ini menunjukkkan bahawa bahasa itu boleh digunakan secara meluas tanpa batasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan