JellyPages.com

Sabtu, 22 Januari 2011

"Yang Mana Satu"

Seringkali kita melihat papan-papan tanda di jalan raya dan di mana-mana jua sebagai tanda petunjuk destinasi atau papan tanda larangan dan sebagainya. Kita tahu bahawa itu adalah salah satu penggunaan bahasa dalam sistem komunikasi kita dengan persekitaran. Baru-baru ini aku bersama keluarga pergi ke Ipoh dengan tujuan untuk menemui kakak aku yang baru menamatkan pengajiannya dalam bidang kejururawatan di sana. Oleh sebab kami terlupa jalan menuju ke Hospital Besar Ipoh, maka suasana di dalam kereta menjadi sedikit buntu. Dalam kekalutan kami mencari hala tuju untuk ke Hospital Besar Ipoh...

Situasi 5:
Abang : Kot mana ni nak p. Abang tak ingat la. Mama ingat dak? Cuba tanya kakak.
Mak    : Cuba talipon tanya dia.
Aku     : Papan tanda pon xjupa lagi no. Awat depa kedekut papan tanda sangat. Tadi ada satu ja. Ni ada simpang nak p kot mana plak.


Ceriteranya:
Dialog tersebut adalah penggunaan dialek Kedah. Mohon maaf kepada sesiapa yang kurang faham akan penggunaan bahasa tersebut. Namun, apa yang ingin aku bicarakan di sini ialah penggunaan papan tanda di jalan raya. Begitulah jadinya jika papan tanda tidak wujud di jalan raya. Mungkin akan menyebabkan kesusahan kepada pengguna. Secara jelasnya, kita perlu tahu bahawa penggunaan papan tanda mengenai segala arahan yang berada di sekeliling kita merupakan satu cara penggunaan bahasa dalam komunikasi kita dengan persekitaran. Dengan adanya papan-papan tanda tersebut maka, kita faham bahawa itu adalah satu cara komunikasi yang boleh digunakan untuk memberi isyarat dan arahan meskipun tanpa penggunaan bahasa melayu baku atau hanya komunikasi bahasa bersama manusia. Pernahkah anda menemui papan tanda begini?;
 'Jalan ini menuju ke Hospital Besar Ipoh','Sila belok ke kiri untuk menuju ke Ipoh'.
Tidak perlu penggunaan bahasa sedemikian kerana kita faham terhadap arahan papan tanda di jalan raya yang digunakan sebagai bahasa isyarat untuk memberi panduan kepada kita. Secara kesimpulannya, bahasa digunakan di mana-mana dengan pelbagai cara untuk memudahkan komunikasi serta perhubungan kita dengan persekitaran kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan