JellyPages.com

Selasa, 11 Januari 2011

Bermulanya Sebuah Ceritera

Alhamdulillah..pertama kali rasanya berjaya menghasilkan sebuah blog, walaupun sebenarnya sebelum ni ada juga percubaan aku untuk menceburkan diri dalam dunia blogger dan hasilnya aku tidak berjaya...haha.Oleh sebab kali ini pelajar KURSUS SOSIOLINGUISTIK MELAYU diwajibkan menghasilkan sebuah blog, maka aku yang turut mengambil kursus tersebut harus menjayakan blog ini walaupun tidaklah sepandai mana menyusun kata dalam meluahkan apa yang berguna di ruangan ini, dengan harapan ruangan ini dapat memberi peluang kepada aku dan rakan-rakan lain berkongsi maklumat mengenai masyarakat dan bahasa. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah sosiolinguistik kami iaitu Dr. Siti Saniah yang sedikit sebanyak telah memberi panduan dan galakkan kepada kami untuk menghasilkan blog ini sekaligus menjayakan tugasan yang diberi. Kepada ketua kelas kami, iaitu Cikgu Fawiz, terima kasih juga kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami cara-cara untuk menghasilkan sebuah blog. Harapan saya, agar tugasan dan amanah yang diberi oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebarang kritikan dan komen, insyaAllah sama-samalah kita terima dengan terbuka justeru dapat memperbaiki apa yang kurang mengenai coretan berbentuk ilmiah dalam blog KHAS ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan