Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia
baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya.
Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]
Sekeping hati ibarat enjin yang menghidupkan tenaga dan tindakan manusia. Dari hati bermula beribu perasaan. Perasaan marah, sedih, suka, duka, hasad, dengki dan sebagainya. Bermula dari hatilah kita mendidik sama ada ingin menjadi baik atau sebaliknya. Alhamdulillah apabila Allah yang detikkan hati kita untuk berubah. Setiap kali kita tersilap langkah, Allah yang detikkan hati kita untuk kita agar sentiasa berfikir sama ada betul atau salah tindakan itu. Terkadang mungkin tersasar juga kerana menurutkan kehendak nafsu. Amatlah rugi kiranya itu yang terjadi. Tapi rasanya lebih rugi kalau kita lambat tersedar, dan lebih malang kiranya langsung kita tidak pernah tersedar. Jaga hati, perbaiki diri. Hidayah itu perlu dicari, bukan ditunggu seperti bulan jatuh ke riba.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).
Sungguh, susah untuk memelihara hati sendiri daripada hati manusia lain.
Jaga hati kita daripada siapa, apa dan untuk apa?
Jaga hati daripada tersesat mengikut nafsu, jaga hati daripada binasa kerana rasa, jaga hati daripada dunia yang penuh tipu daya. Hati mula rosak bila manusia pandai menipu kerana penipuan itu adalah punca segala yang salah.
Makanya, pernah dengar tak kalau nak cari hati kita, carilah di tiga tempat;
1. Ketika kamu mendirikan solat.
2. Ketika kamu membaca al-Quran.
3. Ketika kamu mengingati kematian kamu.
Wallahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan