Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia
baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya.
Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]
Sekeping hati ibarat enjin yang menghidupkan tenaga dan tindakan manusia. Dari hati bermula beribu perasaan. Perasaan marah, sedih, suka, duka, hasad, dengki dan sebagainya. Bermula dari hatilah kita mendidik sama ada ingin menjadi baik atau sebaliknya. Alhamdulillah apabila Allah yang detikkan hati kita untuk berubah. Setiap kali kita tersilap langkah, Allah yang detikkan hati kita untuk kita agar sentiasa berfikir sama ada betul atau salah tindakan itu. Terkadang mungkin tersasar juga kerana menurutkan kehendak nafsu. Amatlah rugi kiranya itu yang terjadi. Tapi rasanya lebih rugi kalau kita lambat tersedar, dan lebih malang kiranya langsung kita tidak pernah tersedar. Jaga hati, perbaiki diri. Hidayah itu perlu dicari, bukan ditunggu seperti bulan jatuh ke riba.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).
Sungguh, susah untuk memelihara hati sendiri daripada hati manusia lain.
Jaga hati kita daripada siapa, apa dan untuk apa?
Jaga hati daripada tersesat mengikut nafsu, jaga hati daripada binasa kerana rasa, jaga hati daripada dunia yang penuh tipu daya. Hati mula rosak bila manusia pandai menipu kerana penipuan itu adalah punca segala yang salah.
Makanya, pernah dengar tak kalau nak cari hati kita, carilah di tiga tempat;
1. Ketika kamu mendirikan solat.
2. Ketika kamu membaca al-Quran.
3. Ketika kamu mengingati kematian kamu.
Wallahua'lam
Selasa, 30 Oktober 2012
Isnin, 22 Oktober 2012
Adam dan Hawa
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.
Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah pembela Hawa ~

salin dan tampal dari page Jadikan Dia Jodohku yang Terbaik.
Wahai wanita....
Lelaki: I nak raba U sikit
je sayang . . .
Wanita 1: Tak nak la . .
. Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . .
. I jumpa ... ... parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak
kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . .
. Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit
je........
Setahun selepas itu . . .
Wanita 1: Sampai hati U .
. . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U
kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U
ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak
perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada
lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U
cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi
.Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I
cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan
tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi
I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat
balasannya nanti !
Lelaki tersebut
kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . .
MALAM PERTAMA LELAKI DAN
WANITA YANG BARU DINIKAHINYA
Lelaki: Sayang . . . I
love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang .
. .
Lelaki: I bertuah kawen
dengan U .
Wanita 2: I pun , sayang
. . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . .
. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . .
Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ? ? ?! !
.................................................................................................................
Kalaulah ada 10 orang daripada 100 lelaki seperti ini dalam dunia, memang rosaklah wanita-wanita di atas muka bumi ini. Memanglah tidak boleh hendak meletakkan kesalahan kepada lelaki 100%. Betul ke tidak? Nanti melenting pulak kaum adam kalau asyik dituduh mereka saja yang bersalah. Perempuan pun salah juga. Pendek kata, masing-masing tidak boleh menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku terhadap diri kita. Cuba berdiri di depan cermin, tanya diri sendiri sama ada patut kah hanya asyik nak salahkan orang lain atas apa yang berlaku terhadap diri kita.
Tapi.......
Bukankah kaum adam itu yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini? Dialah yang dimanahkan oleh Allah untuk mentadbir, mengatur dan memerintah . Tanggungjawabnya
sungguh besar kerana merekalah yang diamankahkan oleh Allah untuk menjaga ahli
keluarga mereka dari api neraka.
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain
(perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada
harta mereka.” [Surah an-Nisa, ayat 34]
Alhamdulillah, sebenarnya masih ada kaum adam yang masih memelihara maruah wanita sebagaimana mereka menjaga maruah keluarga mereka. Ada! Bukan langsung tiada. Malah ramai sekali.
Peringatan kepada kaum hawa pula, bangunlah! Sesungguhnya kamu bidadari.. keluarlah dari
belenggu kehinaan, masuklah kembali ke jalan Allah yang diredhai..
Kuatkanlah diri, kentalkanlah keimanan,.. jangan sesekali terpedaya
dengan bisikan umpama racun di dalam madu.. yakinlah sesungguhnya pilihan Allah untuk mu
adalah suami mu.. jika bermasalah, carilah jalan penyelesaian tetapi
bukan dengan mengharapkan lelaki yang belum halal bagimu yang konon mempunyai kehebatan. Pandai segala segi, tak kurang dengan ilmu agama, tapi belum tentu hal itu menjadi kekuatan imannya. Sudahnya, dikata kaum hawa yang menggoda.
Moga sinar hidayah kembali menaungi kehidupan kita semua.. tidak kira anda siapa.. yang penting, berusaha agar kita menjadi insan yang hebat imannya, penuh taqwa, penuh redha dan penuh keikhlasan dalam hati dengan nama Allah. Jangan mudah tertipu dengan tipu daya syaitan. Dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita akan kembali.
~waallahua'lam~

Sabtu, 20 Oktober 2012
Untungnya Seorang Muslim
Allah menitipkan kelebihan di setiap kekurangan, menitipkan kekuatan di sebalik kelemahan, mengiringkan kegembiraan di setiap kesedihan, menitipkan harapan di sebalik keraguan, dan sesungguhnya Dia juga telah berjanji bahawa di setiap sesuatu yang berlaku, tidak mungkin akan tiba sebelum sampai waktu yang ditetapkan oleh Nya. Ibarat matahari tak mungkin terbit sebelum tiba waktu siang, ibarat bayi takkan lahir sebelum tiba waktu yang ditetapkan Nya dan ibarat mati takkan tersisa walau satu saat pun pabila malaikat maut datang menjemput.
Untungnya menjadi seorang muslim yang dihadiahkan 'tawakkal' sebagai tempat pergantungan. Untungnya manusia dihadiahkan kasih sayang yang berpanjangan di sisi Nya. Untungnya menjadi muslim yang beriman kepada yang ghaib kerana pahala itu bukan dalam bentuk wang ringgit, harta, emas dan pusaka. Ujian yang menimpa sekali sekala membuat manusia rebah dan bangun kembali dengan adanya Allah yang terus memberi nikmat. Meski tidak terhitung dosa yang dilakukan umat Nya, tetap jua dihadiahkan nikmat, rezeki dan kebahagiaan dalam hidup. Oleh itu, beruntung juga mereka yang ditimpa bala dan kesusahan meskipun berpanjangan kerana hal itu sebenarnya membuatkan hati kita lebih bertaut kepada Allah. Bayangkan pula jika kita tidak ditimpakan ujian oleh Allah, mungkin sekali pun kita tidak pernah akan sedar akan nikmat yang kita kecapi hanya untuk menguji kesedaran dan keimanan kita terhadap nikmat Nya. Wallahu a'lam

Jumaat, 19 Oktober 2012
Melalui Nya ku beri kemaafan kepadamu..
Ya Allah, ketika aku telah melakukan kesalahan terhadap orang lain, anugerahkanlah aku kekuatan yang ikhlas untuk memohon kemaafan atas kesalahanku itu, manakala pada waktu orang lain melakukan kesalahan kepadaku, meski sebesar apa pun, maka anugerahkanlah aku kekuatan yang hebat untuk memberi kemaafan kepada mereka...aaammiinnn...insyaAllah..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas maka akan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat. Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah yang menjadi takdir perlu dihadapi dan sekali-kali tidak akan terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan. Sebagai makhluk yang lemah dan selalu membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah swt supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekalipun kita berada di pihak yang benar.
Berdoalah selagi anda masih bernyawa, mohonlah selagi anda punya waktu dan ketika. 'Ular yang menyusur tidak akan pernah hilang bisanya' sama seperti orang yang mulia dan tinggi darjatnya, takkan pernah hilang kemuliaannya itu ketika dia memohon maaf meskipun dia di pihak yang benar. Kita tidak berhak menghukum kerana kita adalah sama, yakni makhluk Allah yang lemah. Sungguh, ada waktu dan ketika kita hilang kesabaran, namun janganlah terlalu terbawa-bawa dalam emosi sehingga selamanya kita menyimpan dendam kepada mereka yang kita anggap bersalah kepada kita. Mungkin esok atau lusa, mereka diberi kesedaran untuk kembali kepada yang hakiki dan berubah menjadi lebih baik daripada yang kita sangkakan. Kehendak Allah, tiada siapa yang tahu. Cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah, insyaAllah kita akan menjadi yang terbaik di sisi manusia. Bina hubungan yang baik dengan Allah insyaAllah kita akan punya hubungan yang baik dengan manusia. Membaca, menulis, mengaplikasikan, menilai dan membuat keputusan adalah langkah terbaik untuk belajar memperbaiki diri. ^__^

Khamis, 18 Oktober 2012
Cuma menjengah tapi tidak pernah bertaut...
Apabila sekali sekala 'view' blog orang lain, membaca sesuatu yang barangkali dapat memberi ilmu bermanfaat untuk diri, terasa ingin melakukan perkara sama. Menulis, sekaligus dapat ilmu dan memberi ilmu bermanfaat kepada orang lain. Suka membaca blog-blog yang banyak mendedahkan maklumat berguna sebagai panduan sama ada ilmu akhirat mahupun ilmu dunia. Mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat dikongsi dan ada sesuatu yang dapat diperoleh daripada hasil tulisan sedemikian kerana hamba menyokong segala tulisan blog berisi ilmu bermanfaat dan bukannya berkongsi menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain! ^__^
Langgan:
Catatan (Atom)