JellyPages.com

Rabu, 5 Disember 2012

Harapan Terpapah

Harapan demi harapan,
Impian demi impian,
Seringkali menjengah,
Tapi tak pernah singgah.

Jernihnya muara,
Tak sejernih masa yang meronta,
Mencari segugus harapan dan impian,
yang seringkali lelah di ufuk.

Pudarnya tidak,
Layunya juga tidak,
Barangkali rebah,
Tapi seringkali masih terpapah.

Noordiana Ishak
12.29 am / Dis 2012
SEGI Subang Jaya


Harapan dan impian yang didusta tidak semestinya adalah penghujung nikmat. Pastikan rebah anda terpapah dengan IMAN dan TAQWA. InsyaAllah kita masih menguasai segala-gala yang bakal hadir di hadapan kelak. Pilihan kita hanyalah kehidupan, kerana kematian bukan lagi pilihan, tetapi adalah kepastian. Selagi masih ada pilihan di tangan, pilihlah yang terbaik.

2 ulasan:

  1. Manusia rebah kerana nafsu,
    manusia layu kerana nikmat,
    diberi lebih masih merintih,
    diberi kurang asyik menagih..

    Manusia,
    tak tahu berterima kasih..
    iman dan taqwa..pasti sukar diraih,
    andai hati tak gemar bertasbih.

    Ayuh..
    ikhlaskan hati menghadap Ilahi,
    siang bersilih malam berganti,
    tekadkan diri kuatkan hati,
    mohonlah pada yang sudi,
    Dialah Allah,
    Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...




    BalasPadam