Ketika kau merasakan bahawa semua pintu dan jalan kebahagiaan yang kau inginkan telah tertutup di dunia ini, percayalah bahawasanya jalan Allah adalah jalan yang sentiasa terbuka untuk hamba-hamba Nya, yakni itulah pintu dan jalan kebahagiaan yang sebenar yang harus kau ikuti.
Sabtu, 11 Jun 2011
" Kedah + Tanjung Malim + Seremban "
Pepatah Melayu mengatakan "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Maksudnya, "sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain". Hujan emasnya ialah line broadband saya di bumi Seremban sangatlah laju berbanding ketika saya berada di kampung. hehe. Baru sahaja menjejakkan diri di bumi Seremban, masih teringat juga wajah-wajah mereka yang sentiasa ingin melihat diri ini berada di kampung bersama mereka. Mahu atau tidak, saya harus juga menggagahkan diri untuk berada di bumi Seremban sehingga Ogos ini dan seterusnya masih juga akan berada di perantauan (Tanjung Malim) sehingga awal tahun hadapan. Macam jauh sangat pula bunyinya..^ ___ ^. Yang baiknya, saya menganggap perjalanan jauh dari keluarga ini sebagai satu cabaran dan perjalanan penting yang bakal menentukan masa depan saya sebagai pendidik kelak..InsyaAllah.
Pejamkan matamu untukku,
Dengarlah dunia berkata-kata,
usah kau ragu di sini tempatmu,
walau berubah di mata kita tetap indah,
selagi kau masih percaya,
ketawa, kecewa terpisah,
jalan yang lurus kian berhalang,
adakah ini semua yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata,
kuharap ku masih percaya.
adakah ini semua yang kuinginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
kuharap kau masih percaya
buka matamu biar aku memelukmu
kita bersama masih muda
masih mentah
kuharap kau masih percaya.
selama ini
Sungai Lui
Aizat
Mendengar dan menghayati lagu ini meletakkan diri saya sebagai insan yang harus sentiasa percaya kepada diri sendiri terhadap setiap apa yang dilakukan dan percayalah Allah sentiasa bersama kita. ^ ____ ^.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan